Rabu, 25 November 2009

Adab dan Sifat Berdoa

Berdoa ialah suatu ibadah yang
mempunyai peraturan yang perlu
dipatuhi supaya dimakbulkan Allah.
Antaranya ialah:

1. Keadaan bersih diri sebaik-baiknya
berwuduk, bersih pakaian
dan tempat serta menutup aurat.

2. Dalam keadaan khusyuk dan
merendahkan diri kepada Allah
dan menghadap ke arah kiblat.

3. Merendahkan suara dan tidak
mengganggu orang lain.

4. Jangan menggunakan lafaz
doa yang bersajak.

5. Yakinkan bahawa doa yang
dipohon itu diperkenankan
oleh Allah SWT

6. Mengulang-ulangkan ungkapan
doa yang penting di tempat-tempat
tertentu.

7. Memulakannya dengan memuji
Allah dan selawat (ke atas Nabi
SAW) dan juga mengakhirinya
dengan pujian terhadap Allah
berselawat.

8. Beristighfar (bertaubat)
sebelum berdoa.

9. Hendaklah memahami isi dan
maksud doa yang dilafazkan.

10. Doa itu bukan bertujuan
untuk melakukan dosa,
atau memutuskan hubungan
silaturahim dan jangan
memohon segera dimakbulkan
doa tersebut.

11. Memulai doa dengan memohon
keampunan untuk dosa diri
sendiri yang dilakukan, kemudian
untuk saudara-mara beriman.

12. Hendaklah dengan penuh
perasaan pengharapkan dan
jangan cuba mengatakan: "Ya
Allah, ampunkanlah daku sekiranya
Engkau mahu, rahmatilah sekiranya
Engkau inginkan."

13. Mengangkat kedua-dua tangan
sehingga ke paras bahu seperti
yang dibuat oleh Nabi SAW.

14. Menadah tapak tangan mengarah
ke langit dan sekiranya meminta
perlindungan, tapak tangan
mengarah ke bawah.

15. Berdoa dengan suara perlahan

0 ulasan: