Khamis, 24 Disember 2009

AIR MATA penghapus DOSA

Merunut riwayat, seorang lelaki datang menjumpai Rasulullah s.a.w dan
berkata: "Wahai rasulullah , dengan apakah saya dapat menjaga diri daripada
neraka?" Rasulullah s.a.w mnejawab: "Dengan lindungan air matamu."
Tanya lelaki itu lagi: "Bagaimanakah caranya?" Rasulullah s.a.w menjelaskan:
"Kau curahkanlah air matamu kerana takut kepada Allah. Sebab, mata yang
menangis kerana takut kepada-Nya tidak akan mendapat seksa."

Air mata adalah tanda keikhlasan, keinsafan dan petanda bahawa seseorang
benar-benar takut kepada Allah. Orang yang mengucapkan istigfar sambil
menitiskan air mata bererti dia betul-betul menyesali perbuatan yang telah
dilakukannya. Orang yang menyesali perbuatan dan berjanji tidak akan
mengulanginya lagi, dosanya akan diampuni Allah.






0 ulasan: