Sabtu, 30 Januari 2010





assalammualaikum . neh abg sedare ana , ana minta antum tolong doakan die cpt sembuh . minta die kuat dlm menemput dugaan ini .

"Ya Allah . aku mohon kau ringankanlah bebanan hambaMU ini (Muhammad Nazmi Shah) . Kau kuatkan dia. Kau berilah die peluang untuk kembali ke jlnMU. Ammiiinnnnnn!!!!!!!"

Jumaat, 8 Januari 2010

Biodata Iblis

Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.
Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

Khamis, 7 Januari 2010

Roh kita asalnya 'dekat' dengan Allah .
Apabila di jauhkan asalnya , dia akan
terseksa , kesunyian , dan menderita
seperti seperti jiwa perantau yang
tercampak di bumi asing . Sering gelisah
dan mahu mengecap asal usul yang telah
ditinggalkan . Jika rintihan hati kita diabaikan ,
akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada
asalnya . Bawalah kembali diri kita semua ke
asal kita , bahawa kita dekat dengan Allah .
Jangan seksa jiwa dan hatimu . Dia merintih
mahu pulang dari perantauan di sunia yang
melekakan ini . Bawalah hati kita kembali ke
asalnya . Asalnya yang sentiasa 'dekat' dengan
Allah .


"Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba ,
maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan .
Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah
maka ia jauh daripada kasih sayangNya . .
Dan sesungguhnya para para Nabi yang juga
kekasihnya . Semuanya mengalami cubaan sebegitu
hebat , apa lagi kita yang manusia biasa ini"


Bila Allah cepat makbulkan Doamu , maka Allah
menyayangimu , bila Allah lambat makbulkan doamu ,
maka Allah ingin mengujimu , bila Allah tidak makbulkan
doamu , maka merancang sesuatu yang lebih baik
untukmu . Oleh itu sentiasa bersangka baik pada Allah
dalam apa jua keadaan pun . Kerana , kasih sayang
Allah itu mendahului kemungkaraanNya . Oleh itu sayangilah
pada Allah kerana kemurahannya dan takutlah pada Allah
kerana seksanya .

"GOD , He always listen to you , He always see you , He
always know you , always guarding and protecting you ,
always managing and giving "nikmat" to you . Why are you
not to love Him . Why are you not afraid of the GOD who
decides your fate and destiny?"


Nabi bersabda: "Wahai manusia , sesungguhnya Allah telah
berfirman kepada kamu , agar kamu menyuruh manusia
berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran ,
jika tidak Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu ,
dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak
menaruh belas kasihan pada orang muda , dia waktu itu doa
orang alim pun tidak akan di terima Allah , kamu meminta
bantuan tapi Allah tidak akan membantumu , kamu meminta
ampun dan Allah tidak mengampunkan mu !!!!!
(soalannya: Siapakah raja yang amat zalim sekarang ini ?
Berfikirlah wahai manusia . . Kasihanilah dirimu sendiri . .
Bertaubatlah . . . . Berdakwahlah dan tinggalkan maksiat ,
mengumpat , muzik yang leka dan tutuplah auratmu , ikutlah
ajaran islam yang sebenar. .)


Fahamilah hakikat kehidupan . Ketentuaan takdir adakalanya
tidak tersingkir dengan keinginan sendiri . Pengorbanan biarpun
pahit , kadang kali buahnya manis . Lalu luka dihati usah
dilayang . Biar kita yang merasainya dan usah mengeluh kerana
semua itu takdir Allah , dan semua itu jika kita hadapi dengan
tabah , maka Allah akan ampunkan dosa kita kerana keikhlasan
kita padanya . Dan bila terkena sesuatu musibah katakanlah
"Aku amat bersyukur sekali pada Allah atas musibah ini , jika
inilah cara Allah nak ampunkan dosa kita , Alangkah indahnya
penderitaan ini"

Apa erti ikhlas untuk manusia ? Manusia sangat memerlukan
hati yang ikhlas . Dengan hati yang ikhlas , manusia itu akan
selamat . Di mana-mana sahaja mereka akan mendapat kesenangan
bila manusia itu bersifat ikhlas . Ketahuilah bahawa hati manusia yang
ikhlas , para syaitan2 laknatullah tak mamapu untuk bersarang yang
mengoda . Cukup mudah formula untuk menewaskan syaitan . Namun
apakah ukuran ikhlas dihati manusia ? Adakah dengan berkata, "aku ikhlas" .
maka manusia itu sudah ikhlas . Kadang-kadang kata-kata manusia bole
menyelewengkan niat ikhlas manusia . Satakat ni , ukuran ikhlas hanya
boleh diukur oleh Allah . Hanya Allah yang boleh menilai kadar keikhlasan
hati manusia .

Ya Allah , Perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusaanku ,
Perbaikilah untukku duniaku yang merupakan tempat penghidupanku ,
Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku ,
jadikan kehidupan ini sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan dan
jadikan kematian itu sebagai (tempat) istirehat untuku dari setiap
kejelekan dan murkaMu . (Amiiinnnn Ya Robbal'Alaminnnnnnn)