Ahad, 27 September 2009

Fajar menyingsing di pagi hari,
Menerangi seluruh pelusuk bumi.
Kerap ku terfikir seorang diri,
Apakah tujuan terciptanya diri ini?

Hidup di dunia hanyalah sementara,
Akhirat jua kekal selamanya.
Ku susun sepuluh jari, berdoa seraya,
Tiadakah lagi kedamaian di dunia?

Pasang surut silih berganti,
Patah tumbuh hilang berganti.
Kami insan tiada upaya diri,
Ya Allah ku akui, lemahnya diri ku ini.

Berkumandang azan bertalu-talu,
Di pagi yang dingin penuh syahdu.
Aku berdiri menyambut seruan Mu,
Mengharapkan keredhaan tulus daripada Mu

Ya Allah ya tuhanku,
Hatiku risau tiada terperi.
Ku menadahkan tangan bedoa kepadamu,
Di manakah tempatku ku di akhirat nanti?

Hari demi hari terus berlalu,
Memamah zaman yang kini semakin rapu.
Alangkah indahnya jika ku dapat tatap wajahmu
Ya Rasulullah, aku rindu kepadamu!

Kitab suci Allah sebuah mukjizat
Tibanya hisab engkaulah pemberi syafa’at
Ingin ku bertemu dengan mu nanti di akhirat
Pimpinlah tanganku melalui titian Sirat!

Ya Allah ku rindukan SyurgaMu,
Ya Rasul ku rindukan Syafa'atmu.
Ampunkanlah segala dosa-dosa ku,
Terimalah aku sebagai ummatmu.

Berlinang air mata membasahi pipi,
BerTahajjud seorang di malam yang sepi.
Tunjukkan aku jalan yang diredhai,
Supaya tenang ketika dicabut nyawaku nanti.

Ya Allah maafkan aku akan keterlaluan diriku,
Segala keterlanjuran berpunca dari kesilapan ku.
Kini ku ingin mendekatkan diri kepada Mu
Supaya dapat ku jejak taman Syurga Mu

Warkah ini hanya cebisan kehidupanku,
Untuk pedoman bagi yang ingin mendekatiMu
Ku bersyukur kerana diberi pertunjuk kepadaku
Janganlah berlengah lagi wahai SAHABATKU…...

0 ulasan: